• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Ali Muncul Selepas ‘Lari’ Daripada Isu Rasuah

oleh Ahmad Albab
05/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang sebelum ini ‘diburu’ media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri pimpinannya, akhirnya muncul di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.

Beliau tiba di perkarangan dewan itu kira-kira 15 minit selepas kehadiran rombongan calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.

Turut mengiringi Azhar ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR meluangkan masa lebih sejam di dewan itu dan bersalaman dengan rombongan dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

PKR kini ‘tersepit’ dengan perbalahan di antara PAS dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah.

“Di sini (Sungai Besar), Dr Abdul Rani adalah sebahagian daripada kerajaan negeri malah beliau juga anggota penyokong kerajaan negeri yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pentadbiran negeri Selangor.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya (kepada Dr Abdul Rani) dalam pilihan raya kecil ini dan kita harap kedua-dua parti (PAS dan Amanah) lebih fokus menentang Barisan Nasional (BN),” katanya ketika ditemui pemberita.

Mohamed Azmin baru-baru ini membatalkan kehadirannya ke beberapa majlis di sekitar Selangor dan ‘menjauhi’ media ekoran tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujudnya permintaan ‘untuk mendapatkan wanita’ sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Mohamed Azmin juga tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada Rabu lepas.

Wan Azizah ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata ketidakhadiran Mohamed Azmin pada majlis berkenaan bagi membolehkan beliau lebih fokus kepada pentadbiran kerajaan negeri.

“Beliau tidak menghadiri semasa pengumuman calon, tetapi hari ini beliau hadr di sini… baguslah,” ulasnya ringkas.

PRK Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang, Dr Abdul Rani dan Azhar.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Azmin Alirasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd