KEPUTUSAN untuk berkahwin semula dengan Eddie selepas bercerai kali pertama dahulu, ternyata memberi sinar bahagia buat Raja Azmi.
Buktinya, lihat sahaja gambar-gambar mesra dan romantis yang dimuatnaik produser terkenal itu bersama suaminya, Eddie.
Momen yang dirakam pasangan ini tidak ubah seperti orang muda sedang hangat bercinta.

A photo posted by Raja Azmi (Kak Mie) (@rajaazmi) on
Senang cakap, semua gambar yang dikongsikan ‘terlajak gula’ hingga kita boleh ikut tersengih-sengih melihatnya.
Mengulas hal ini Raja Azmi, 57, memberitahu dia ada sebab memuatnaik gambar-gambar mesra tersebut namun bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Jelasnya, dia mahu memberi inspirasi kepada pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga agar mengimbau kembali kemesraan dahulu tanpa rasa malu.
“Kebelakangan ini memang saya sering memuatnaik gambar mesra dengan suami, bukan mahu menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang sedang dilalui tapi untuk beri inspirasi kepada orang lain juga.
“Televisyen hanya paparkan pasangan muda sahaja yang bahagia, pasangan warga emas pun boleh jadi romantik juga.
“Alhamdulillah, ramai yang komen suka melihat gambar-gambar mesra kami di Instagram dan ianya buat mereka juga bersemangat untuk kembali menghangatkan cinta dengan pasangan mereka.
“Semalam juga selesai solat Terawih saya dihampiri seorang wanita umur akhir 40-an yang bertanya tentang perkara itu. Dia mengikuti Instagram saya dan berterima kasih kerana memberi idea kepadanya,” ujar Raja Azmi kepada mStar Online.
Dalam perkembangan lain, Raja Azmi bakal mengeluarkan produk bedak sejuk resipi turun temurun keluarganya yang diberi nama Kak Mie Cun. – MYNEWSHUB.CC