• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksem Kelantan Rampas Van, Mercun Bernilai RM34,000

oleh Ahmad Albab
01/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kelantan merampas sebuah van dan mercun yang kesemuanya bernilai RM34,000 dalam serbuan di Kampung Banggol Kong, Pasir Mas, dekat sini malam tadi.

Komandernya Mohd Asri Yahya berkata pihaknya menemui van jenis Ford Econovan berwarna putih ditinggalkan di kawasan semak ketika serbuan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan terhadap van tersebut, kami dapati terdapat 29 kotak mengandungi mercun pelbagai jenis,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Aksem di sini, hari ini.

Mohd Asri berkata selepas setengah jam menunggu dan tiada individu yang datang menuntut atau mengaku pemilik barangan itu, kenderaan dan mercun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Aksem untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mercun itu berasal dari Thailand dan akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

Beliau berkata rampasan berkenaan dibuat sejam setelah Op Pacak bersepadu yang dikendalikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), berakhir semalam.

“Ini adalah kes pertama selepas Op Pacak selesai dan ia menunjukkan sindiket ini hanya menunggu peluang menyeludup barang larangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata barangan yang dirampas itu akan diserahkan kepada JKDM untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan.

Mohd Asri berkata Aksem Kelantan akan meningkatkan lagi pemantauan memandangkan Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi, selain sentiasa bekerjasama dengan orang awam bagi menumpaskan aktiviti penyeludupan haram.

Pada 15 Mei lepas, JKDM melancarkan Op Pacak selama 15 hari yang memberi tumpuan terhadap kawasan ‘panas’ aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan. – BERNAMA

Tags: AKSEMmercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

Mercun Dan Dadah Bernilai Lebih RM400,000 Dirampas

Mercun Dan Dadah Bernilai Lebih RM400,000 Dirampas

23/01/2023
0

GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan dadah bernilai kira-kira RM408,943 dalam dua serbuan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd