• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akademi Badminton Di Stadium Juara Perlu Segera Disiapkan

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelewatan pembinaan Pusat Kecemerlangan Badminton Negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, menyukarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari tempat latihan bagi atlet terutamanya bagi persiapan menghadapi Sukan SEA 2017.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pembinaan akademi itu sepatutnya siap pada 8 Nov lepas, namun pihak kontraktor, Purata Abadi Sdn. Bhd. memaklumkan kerja pembinaan dijangka siap Disember ini.

“Pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu melihat perkara ini secara serius, kerana kami mahu akademi ini disiapkan dalam tempoh akhir yang telah ditetapkan.

“JKR perlu berusaha lebih bagi memastikan bangunan itu dapat diserahkan kepada kami secepat mungkin. Apabila saya melihat akademi ini tinggal 34 peratus untuk disiapkan…jika dua atau tiga peratus (disiapkan sebulan), saya tidak fikir Disember tarikh yang tepat, jadi seperti saya katakan pihak berkuasa perlu melihat perkara ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Mohamad Norza mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan di Stadium Juara di sini.

Lebih menyukarkan keadaan, Stadium Juara yang digunakan untuk latihan pemain badminton negara akan ditutup pada Oktober ini bagi kerja penambahbaikan sebelum Sukan SEA tahun depan.

Ekoran itu, BAM buntu mencari tempat latihan atlet kerana Stadium Juara akan menjadi venue untuk bola jaring manakala badminton akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, yang kini ditutup bagi kerja penambahbaikan.

Akademi badminton lapan tingkat itu yang mempunyai kelengkapan seperti gelanggang badminton, gimnasium, auditorium, ruang serbaguna, pejabat serta tempat letak kereta serta asrama, mula dibina pada 3 Mac 2014. – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd