• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adidas Salah Eja ‘Colombia’ Dalam Iklan Copa America

oleh Ahmad Albab
12/06/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOTA – Gergasi pakaian sukan Jerman, Adidas malu besar selepas tersilap mengeja nama negara Colombia dalam iklan terbaharunya.

Kempen pengiklanan Amerika Syarikat yang dilancarkan menjelang perlawanan Copa America menampilkan bintang bola sepak Colombia seperti Frank Fabra dan James Rodriguez itu tertera tulis besar merentasi imej mereka yang dieja ‘Columbia’.

Kesilapan itu menyebabkan peminat bola sepak dan netizen bengang dan marah, manakala imej kesilapan pengiklanan itu pantas menjadi viral di media sosial.

“Saya mungkin pernah salah mengeja perkataan Colombia di masa lalu. Tetapi Adidas tidak sepatutnya melakukan kesilapan ini,” kata pengguna Twitter, Chris Tilly.

Seorang lagi pengguna Twitter, Andy Checo, menghantar tweet: “Ada sesiapa boleh tolong beritahu Adidas yang mereka salah mengeja Colombia di seluruh kempen.”

Adidas mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu (7 Jun), meminta maaf atas kesilapan itu, lapor The Washington Post.

“Kami menghargai perkongsian kami dengan Persekutuan Bola Sepak Colombia dan kami memohon maaf atas kesilapan kami.

“Kami sudah memindahkan grafik ini dan dengan pantas akan memberikan versi baru hari ini,” katanya.

Menurut portal The Huffington Post, Adidas bukan organisasi utama yang pertama melakukan kesilapan ejaan pada masa lalu.

Oleh kerana nama negara Amerika Selatan itu terlalu kerap silap dieja, sekumpulan rakyat memulakan kempen media sosial #ItsColombiaNotColumbia pada tahun 2013, kata laporan itu.

Kejohanan Copa America dihoskan oleh Amerika Syarikat, dan berlangsung dari 3 hingga 26 Jun, 2016. – Agensi/BH ONLINE

Tags: adidasCopa America
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Copa: Gol Kontroversi Iringi Kemaraan Brazil

24/06/2021
0

PENYANDANG juara, Brazil dipaksa bermandi peluh sebelum dapat bangkit menewaskan Colombia 2-1 pada aksi kumpulan B Copa America di Stadium...

COPA: Argentina Ikut Jejak Chile Ke Suku Akhir

22/06/2021
0

BRASILIA - Argentina mengikut jejak langkah Chile apabila mengesahkan tempat ke suku akhir dalam saingan Copa America. Argentina mencatat kemenangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd