• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Ditahan Tangkap Ikan Tanpa Permit Di Pontian

oleh Ahmad Albab
01/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Empat lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana dipercayai menangkap ikan tanpa permit di dua batu nautika dari Pantai Pontian, petang semalam (31 Mei).

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata pada tangkapan pukul 3.30 petang itu, dua warga Indonesia itu didapati menggunakan pas lawatan manakala dua lagi adalah penduduk tetap, kesemua mereka berumur antara 35 hingga 50 tahun.

“Kedua-dua bot nelayan yang dirampas itu didapati membawa hasil tangkapan pelbagai ikan dan udang seberat 50 kilogram dengan nilai rampasan termasuk bot dan pukat lebih kurang RM15,000,” kata Khiu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keempat-empat mereka ditahan kerana melakukan kesalahan bekerja sebagai nelayan tanpa permit yang sah mengikut Akta Perikanan 1985.

Kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pontian untuk tindakan lanjut, kata Khiu.

Menurut beliau, pasukannya sentiasa memberi perhatian mengenai kegiatan menangkap ikan tanpa permit dan akan meningkatkan lagi pemantauan serta rondaan dalam usaha membanteras kegiatan itu. – BERNAMA

Tags: NelayanPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd