• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Ditahan Leka Main Judi Mahjong Di Permatang Pauh

oleh Ahmad Albab
18/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Empat sekawan yang sedang leka bermain judi mahjong di belakang rumah seorang daripada mereka di Mukim 4, Permatang Pauh di sini ditahan dalam serbuan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu kawasan itu pada pukul 4.40 petang dan menahan dua lelaki dan dua wanita bermain judi di situ.

“Semasa serbuan, empat individu berusia 45 hingga 58 tahun itu sedang bermain judi dan mereka terkejut dan tergamam selepas menyedari kehadiran polis,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati mereka menjadikan belakang rumah itu sebagai tempat bermain judi jenis mahjong sejak beberapa minggu lepas.

“Kawasan belakang rumah lelaki yang turut ditahan itu agak tersorok dan memang tidak nampak dari jalan sebab itu mereka jadikannya sebagai tempat bermain judi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Rusli berkata susulan serbuan itu, pihaknya menahan pelbagai peralatan yang digunakan untuk bermain judi antaranya biji buah mahjong, cip pelbagai saiz dan warna, papan mozek, meja dan kerusi.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM15,800 daripada empat individu yang ditahan dipercayai digunakan untuk berjudi, katanya.

Katanya empat individu yang kebanyakannya adalah peniaga itu direman dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

“Polis percaya selain empat orang yang ditahan itu, terdapat beberapa lagi individu yang selalu bermain judi di belakang rumah berkenaan bagaimanapun semasa serbuan mereka tiada dipercayai baru keluar dari situ,” katanya. – BERNAMA

Tags: JUDI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd