• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

32 Insiden Libatkan Eskalator Direkod JKKP Sejak 2011

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 32 insiden membabitkan eskalator direkodkan di seluruh negara dari 2011 hingga Jun tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Ir. Mohtar Musri berkata hasil siasatan mendapati kebanyakan mangsa yang terlibat adalah kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.

“Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak ini dibiar menggunakan eskalator tanpa pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.

“Tahun ini sahaja, empat insiden kemalangan melibatkan eskalator dilaporkan kepada JKKP…secara purata sebanyak empat hingga lima kes membabitkan kemalangan eskalator dilaporkan kepada JKKP setiap tahun,” katanya.

Mohtar berkata demikian ketika melancarkan Kempen Keselamatan Penggunaan Eskalator peringkat Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur anjuran JKKP dengan kerjasama Persatuan Lif dan Eskalator Malaysia.

Kempen yang turut dijalankan dengan kerjasama Sunway Putra Mall dan Parenthood Ventures Sdn. Bhd. itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna mengenai keselamatan penggunaan eskalator.

Dalam pada itu, Mohtar turut mengingatkan pemilik premis agar sentiasa memastikan setiap eskalator yang dipasang di premis mereka diselenggara mengikut jadual bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Berdasarkan statistik, sejumlah 10,951 eskalator telah berdaftar dengan JKKP, katanya.

Mohtar juga yakin kemalangan yang tidak diingini sebenarnya boleh dielakkan kerana kebanyakan eskalator di negara ini dipasang dengan peranti keselamatan selain diselenggara setiap bulan dan mempunyai sijil kelayakan yang masih sah.

“Papan tanda juga telah dipasang untuk mengingatkan orang ramai bahawa eskalator mesti digunakan dengan betul,” katanya, sambil berharap pengguna mengamalkan sikap lebih berhati-hati ketika menggunakan eskalator. – BERNAMA

Tags: eskalator
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Setiap Kementerian Disaran Laksana Kaedah CRM

Next Post

Penganggur Didenda Kerana Cederakan Isteri

Related Posts

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

15/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT)...

Cemas, Kaki Budak 3 Tahun Tersangkut Eskalator

10/04/2022
0

Putrajaya: Seorang budak tiga tahun berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, hari ini....

Next Post

Penganggur Didenda Kerana Cederakan Isteri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd