• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, Kereta Terbabas Berhampiran Pekan Ijok

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Tiga lelaki maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tebing parit di KM18.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur berhampiran pekan Ijok di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ruslan Abdullah berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian itu adalah Lim Soon Aik, 42, Lim Hock Lian, 45, dan Lim Keng Loong, 45.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 4.30 pagi tadi ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor menghala ke Kuala Lumpur.

“Berdasarkan kesan di tempat kejadian, dipercayai kereta jenis Proton Wira Aeroback tersebut terbabas ke bahu jalan menghala ke Kuala Lumpur dan kemudian masuk ke dalam parit di bahu kiri jalan sebelum merempuh tebing parit.

“Akibat perlanggaran itu, dua mangsa tercampak di atas jalan, manakala seorang lagi mangsa dijumpai dalam keadaan terlangkup di dalam parit tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ruslan berkata ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan akibat perlanggaran berkenaan.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd