• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Ditahan Terlibat Beli, Curi Komponen Komunikasi

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiga lelaki termasuk seorang warga India ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan membeli dan mencuri pelbagai
komponen komunikasi milik beberapa syarikat telekomunikasi, dalam dua serbuan berasingan, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan dua lelaki di sebuah premis menjual barang lusuh di Bukit Kemuning di sini, kira-kira 12.15 tengah hari, 2 Jun lepas.

“Suspek termasuk lelaki warga India berusia 37 dan 40 tahun itu merupakan pekerja dan pemilik premis barang lusuh berkenaan.

“Siasatan mendapati premis itu beroperasi secara haram dan terbabit dalam kegiatan membeli pelbagai komponen komunikasi yang dicuri daripada pencawang milik syarikat telekomunikasi termasuk Digi dan Maxis,” katanya pada sidang media, hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah beberapa komponen komunikasi termasuk Radio Remote Unit, Micro Radio Frequency Unit dan bateri yang dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

Susulan itu, beliau berkata polis bertindak memberkas seorang lagi lelaki berumur 27 tahun di sekitar Shah Alam, Jumaat lepas.

“Soal siasat ke atas suspek mendapati dia dan enam lagi rakannya berumur antara 24 dan 38 tahun terbabit dalam kegiatan mencuri komponen komunikasi dan menjual kepada premis barang lusuh berkenaan.

“Mereka disyaki melakukan kegiatan ini bukan sahaja di sekitar Selangor tetapi juga di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka…berikutan itu kita pergiatkan usaha mengesan enam suspek yang masih bebas,” katanya.

Shafien berkata kesemua suspek yang diberkas akan disiasat mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Dalam kes berasingan, tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana memperdayakan lelaki dengan tujuan mendapatkan wang, dalam satu serbuan di sebuah restoran di Seksyen 32 di sini, kira-kira 9.30 malam, Selasa lepas.

Shafien berkata tiga suspek itu diberkas selepas pihaknya menerima laporan mereka telah memperdayakan seorang lelaki sebelum mengugut mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM4,000.

“Modus operandi kumpulan ini ialah berkenalan dengan lelaki menerusi media sosial ‘Wechat’ dan memperdayakan mereka dengan ayat cinta.

“Suspek wanita kemudian akan bertemu mangsa di restoran yang ditetapkan sebelum dua suspek lelaki datang ke tempat mereka dengan menyamar sebagai suami dan adik kepada suspek wanita tersebut,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian diugut dan dipaksa menyerahkan sejumlah wang atas alasan kerana menjalinkan hubungan cinta dengan isteri orang.

Ketiga-tiga suspek itu direman sehingga Rabu ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Kes Curipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd