• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi Mangsa Keracunan Masih Ditahan Di Hospital

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiga daripada enam mangsa keracunan makanan akibat memakan makanan yang dibeli di bazar Ramadan di Paka tiga hari lepas masih mendapatkan rawatan di hospital.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Omar berkata kesemua mereka masih ditempatkan di Hospital Dungun, seorang dirujuk ke Kuantan Medical Centre (KMC) Kuantan dan seorang lagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

“Cuma seorang mangsa iaitu kanak-kanak yang berusia 10 tahun terpaksa dipindahkan ke HSNZ berikutan mengalami muntah yang agak teruk dan komplikasi buah pinggang selepas menikmati makanan yang tercemar itu,” katanya kepada pemberita selepas program Jengah Sahur anjuran Geng Amal Media di sini, awal pagi tadi.

Rabu lalu, 19 pembeli mengadu sakit perut selain mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding susu yang mereka beli di gerai tepi jalan dan bazar Ramadan di Paka.

Dr Mohamad dalam pada itu berkata hasil siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati makanan yang dijual itu bukan disediakan oleh peniaga bazar tersebut tetapi mereka mendapatkannya dari seorang pembekal.

Difahamkan puding tersebut turut diedarkan di lima lokasi bazar Ramadan di sekitar Paka dan Dungun.

“Hasil siasatan mendapati kes keracunan tersebut memang berpunca daripada puding tersebut yang didapati tercemar.

“Kami telah arahkan pembekal itu hentikan bekal makanan itu kepada peniaga gerai atau bazar Ramadan sehingga siasatan selesai,” kata Dr Mohamad.

Katanya siasatan juga mendapati pembekal kuih itu juga tidak mengambil suntikan kesihatan serta tiada kelulusan perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Beliau berkata selain nasihat, peniaga itu turut diberi amaran jika perkara itu masih berulang tindakan undang-undang akan dikenakan. – BERNAMA

Tags: bazar ramadankeracunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd