• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akibat Jawab HP Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur

oleh AK-47
28/06/2016
dalam Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis mengalami kecederaan 60 peratus melecur pada anggota badan.

Insiden yang berlaku di stesen minyak Shell Setapak Indah, Kuala Lumpur jam 1.25 tengah hari tadi dikatakan berpunca apabila kereta jenis Perodua Axia meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya.

Akibat Jawab HP Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju R. Manogaran yang dihubungi Mynewshub mengesahkan kejadian itu.

“Ketika sedang mengisi minyak, telefon bimbit milik mangsa berdering. Letupan tercetus apabila mangsa membuka pintu kereta hadapan untuk menjawab panggilan dengan sebelah lagi tangannya masih mengepam minyak,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, kenderaan terbabit tidak terbakar selepas berlaku letusan kecil yang mengakibatkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 25 tahun.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan menggunakan ambulans kira-kira jam 2.07 petang tadi.

Manogaran dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak menjawab panggilan ketika mengisi minyak bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Khamis lalu, seorang kanak-kanak bernama Saifuddin Ismail Din, 7, melecur 15% di muka, badan dan kaki akibat disambar api di stesen minyak Guchil, Kuala Krai.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang bermain pemetik api dalam kereta ketika ibunya Zakiah Mohd Det, 31, sedang mengisi minyak.- MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=LYDOp4yLKEI

Tags: bahayamelecurstesen minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd