• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Hakim Wanita Pertama Mahkamah Tinggi Syariah

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah lantikan kepada dua hakim wanita pertama Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia dalam istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Mereka yang dilantik ialah Noor Huda Roslan, 40, dan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, 41, kedua-duanya berasal dari Banting dekat sini.

Selain itu, baginda turut berkenan menyampaikan watikah lantikan kepada tujuh hakim wanita Mahkamah Rendah Syariah, empat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan empat penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini dibuat selaras dengan Subseksyen 58 (1) dan Seksyen 59 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, ketika mengulas mengenai pelantikan itu, melahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih atas perkenan Sultan Selangor mengurniakan watikah kepada hakim-hakim wanita di negeri itu.

“Ini membuktikan keprihatinan Tuanku terhadap isu-isu Mahkamah Syariah khususnya dalam melihat peranan yang boleh dimainkan wanita termasuk dalam pelaksanaan keadilan yang berkesan khususnya di Selangor,” katanya.

Katanya, pelantikan itu juga diharap dapat menangkis tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa mereka tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

Mohd Na’im turut menegaskan pelantikan hakim-hakim wanita itu bukan melibatkan isu gender sebaliknya dibuat atas keupayaan mereka sendiri yang dilihat layak untuk menyandang jawatan hakim syarie.

Sementara itu, Nenney Shuhaidah berkata pelantikan itu adalah satu amanah dan tanggungjawab berat yang akan cuba dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Noor Huda pula berkata pelantikan mereka jelas menolak persepsi negatif sesetengah pihak bahawa wanita tidak mampu menggalas tanggungjawab yang selama ini hanya dipegang oleh lelaki.

“Gender ternyata bukan kayu pengukur tetapi keupayaan masing-masing tidak kira lelaki atau wanita. Insya-Allah kami akan cuba memberi yang terbaik dan bersikap profesional ketika mengendalikan sesuatu kes,” katanya.

Beliau dan Nenney Shuhaidah turut berharap lebih ramai lagi wanita di negeri-negeri lain akan diberi tanggungjawab sebagai hakim Mahkamah Syariah.

Noor Huda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1999 dan Masters in International and Comparative Legal Studies, School of Oriental and African Studies, University of London pada 2011.

Nenney Shuhaidah pula pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah Wal Qanun)(Kepujian) daripada UKM pada 1998 dan Ijazah Sarjana Psikologi (Kaunseling) di universiti sama pada 2001. – BERNAMA

Tags: HakimMahkamah Syariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan agar Mahkamah Syariah di seluruh negara melaksanakan prosiding sebutan kes secara...

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd