• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Premis Musnah Dalam Kebakaran Di Jerantut

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Empat belas premis di enam lot bangunan separuh kekal di Bandar Lama Jerantut, musnah dalam kebakaran besar yang berlaku malam tadi.

Ketua Zon Wilayah 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 malam sebelum mengerah dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Ketika sampai di lokasi, api sedang marak dan sebaik mendapati banyak premis yang terlibat, bantuan untuk operasi pemadaman turut diminta dari balai bomba kawasan berhampiran.

“Ia masing-masing melibatkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, Temerloh dan Lipis dengan kekuatan keseluruhan 40 anggota dan pegawai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran di bangunan yang dibina daripada kayu dan konkrit itu, melibatkan premis pusat kecantikan, kedai perkakasan, kedai elektrik, restoran, kedai alat tulis, kedai emas dan sebuah agensi guaman.

Shahrin Yusmar berkata faktor tiupan angin di samping keadaan bangunan itu sendiri yang separuh dibina daripada kayu menyebabkan api marak dengan cepat sehingga bomba terpaksa bertungkus lumus mengawal kebakaran daripada merebak ke kedai yang berhampiran.

“Api dapat dikawal pada 10.45 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4 pagi tadi. Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat dibantu pasukan polis kini berada di lokasi kebakaran bagi menyiasat punca dan jumlah kerugian,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranpremis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd