• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Termasuk Pelajar Ditangkap Cuba Beli Air Ketum

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hasrat 12 lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan dua dipercayai mahu mendapatkan bekalan air ketum membawa padah apabila polis membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Felda Mempaga 3, Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata semasa kejadian pukul 10 malam itu, semua suspek yang berusia 14 hingga 56 tahun itu sedang berkumpul di bahagian beranda rumah cuba untuk melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

Dua daripada suspek merupakan warganegara Indonesia dan dua lagi turut didapati positif Amphetamine manakala seorang positif dadah jenis Tetra Hydrocannabinol (THC).

“Siasatan mendapati semua suspek kerap mendapatkan bekalan air ketum di rumah itu yang dijadikan tempat memproses air ketum untuk dijual kepada penduduk Mempaga dengan harga antara RM10 ke RM20 sebungkus.

“Pemilik rumah dipercayai mendapatkan bekalan daun ketum di kawasan lain pada harga RM23 sekilogram (kg),” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Mansor berkata polis turut merampas 25 kg daun ketum di atas lantai bilik belakang rumah itu, 40 bungkus plastik dan satu tong besar yang dipercayai mengandungi 100 liter cecair hijau disyaki air ketum.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: air ketumpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd