Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Mayat Korban Keenam Mangsa...

KUANTAN - Mayat remaja perempuan mangsa bot terbalik di Sungai Jelai, Lipis, Isnin lepas, ditemukan...

Tidak Bercadang Wujud Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang mewujudkan satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes...

Piala Malaysia: JDT Catat...

JOHOR BAHRU - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuka kempen Piala...

TLDM, Polis Musnahkan Bom...

Kota Kinabalu : Pasukan Pemusnah Bom Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ibu...

Zambry Pantau Rapi Persediaan PRK Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau memantau rapi semua persiapan bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar yang akan diadakan bulan depan.

Zambry yang juga Pengarah PRK Parlimen Kuala Kangsar berkata adalah menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk turun padang bertemu dengan penduduk setempat di kawasan parlimen berkenaan.

“Saya akan sering turun ke sini memantau bertemu dengan masyarakat untuk mendapat maklum balas kerana suara mereka penting untuk kita dengar yang mana akhirnya rakyat akan menentukan siapa yang mereka suka.

“Pada dasarnya, saya melihat persiapan awal sudah dibuat mengikut perancangan dan persiapan yang dilakukan begitu tersusun. Semoga pada hari berkempen gerak kerja dapat diperhebat,” katanya selepas mengadakan ‘walkabout’ ramah mesra bersama orang ramai di Arena Square di sini hari ini.

Selain itu, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai PRK Kuala Kangsar.

Zambry berkata pertemuan itu antara lain akan membincangkan mengenai calon yang sesuai mewakili BN dalam PRK itu.


“Perdana menteri akan membuat penilaian mengenai calon berdasarkan maklumat yang diterima daripada pelbagai pihak dan beliau akan membuat keputusan mengenai calon berdasarkan prinsip musyawarah,” katanya.

PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas. Turut terkorban dalam nahas itu anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori