• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zalim, Tiga Kucing Mati Diracun Jiran

oleh AK-47
25/05/2016
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELIHAT kekejaman kepada haiwan kesayangan ramai iaitu kucing, seperti kejadian yang menimpa ke atas seorang pengguna Facebook baru-baru ini, pastinya membuatkan ramai pencinta haiwan itu mengalirkan air mata.

Kelmarin, Farah Fasci meluahkan rasa kecewanya di media sosial apabila tiga ekor kucing miliknya didapati telah diracun sehingga mati oleh jirannya sendiri.

Menurut Farah, dalam kejadian 22 Mei itu, dia mula menyedari tingkah laku pelik salah seekor kucingnya yang menggeluarkan buih pekat di bahagian mulut.

Ia kemudian disusuli dua lagi kucingnya serta tidak lama selepas itu, ketiga-tiga haiwan itu mati.

Zalim, Tiga Kucing Mati Diracun Jiran

Difahamkan, jirannya itu telah memberikan haiwan tersebut sejenis racun berwarna biru yang digaulkan bersama ikan bilis.

Kami cukup tidak faham bagaimana segelintir manusia yang sanggup melakukan kezaliman sehingga membunuh dengan meracun binatang yang tidak berdosa ini. Agaknya sudah dah hilang akal!

Posting yang dimuat naik pada Isnin itu sehingga kini mendapat perkongsian lebih daripada 4,800 dan ribuan maklum balas yang menggesa agar dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segara.

Di bawah kami kongsikan luahan penuh saudari Farah yang turut menasihati penduduk di Taman Batu Gajah Perdana, Pusing, Perak agar lebih berwaspada dengan segelitir manusia yang berhati binatang itu. – MYNEWSHUB.CC

Zalim, Tiga Kucing Mati Diracun Jiran

Kau Bunuh Kucing-Kucing Aku.

Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing-kucing kami. Bukan seekor tapi 3 ekor!

Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.

Pada awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba-tiba berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa.

Tak lama lepas tu, seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang diracun! Terus pergi rumah jiran tersebut, sah memang ada ‘umpan’.

Masa yang sama jugak seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami bawak kucing tu balik, dan bagi nya minum air kelapa. Namun tak lama lepas tu mulutnya pula berbuih.

Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan dan mati didepan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kelapa, air arang, air tanah dan air garam sebagai penawar.

Kucing-kucing kami cuma mampu bertahan sekejap sahaja, kerana racun tersebut terlalu kuat. Kucing2 kami tak mampu untuk bersuara, hanya gelisah meronta menahan sakit. Namun dari pandangan matanya kami tahu mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui.

Kalaulah penderitaan itu dapat kami tanggung Ya Allah… Lebih menyedihkan bila mengenangkan kucing kami yang baru saja melahirkan anaknya minggu lepas, dan seekor lagi sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak.

Semuanya pergi sekelip mata. Kau memang kejam jiran! 😢 tahukah anda hukuman diakhirat kelak? Sekiranya anda tidak tahu, perlu kah anda berniat jahat terhadap haiwan?

Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing-kucing aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.

Pada penduduk TAMAN BATU GAJAH PERDANA, PUSING, PERAK sila berjaga jaga dengan manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana mereka lebih teruk dari binatang. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Farah Fasci

Tags: haiwan peliharaankejamkucing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd