• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yeoh, ‘Naga Laut’ Pencari Mayat Di Laut Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang nelayan, Yeoh Lye Hin diberi nama panggilan sebagai hai guai (atau naga laut dalam bahasa Cina) atas sebabnya yang tersendiri.

Ini kerana sejak lima dekad lalu, dia telah terlibat dalam pencarian sekurang-kurangnya 80 mayat di laut Pulau Pinang, termasuk melakukannya secara seorang diri.

Ketika bencana tsunami pada akhir 2004, dia menyelusuri sepanjang pantai Pasir Panjang di Balik Pulau dalam operasi mencari dan menyelamat.

Seramai 52 orang terbunuh dalam kejadian Tsunami di Pulau Pinang dan 34 daripadanya di Pantai Pasir Panjang.

“Tidak ramai yang berani menghampiri mayat, apatah lagi menariknya naik dari air.

“Bukan mudah untuk menarik mayat yang telah kembung di dalam air,” katanya ketika ditemui di jeti Jalan Tun Dr. Lim Chong Eu, Jelutong dekat sini.

Yeoh merupakan individu yang boleh dipanggil pada bila-bila masa sahaja apabila terdapat orang terjun atau terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang atau jeti berdekatan.

Jelasnya, ketika berusia lapan tahun, dia telah mula menaikkan mayat dari laut bersama sekumpulan penduduk.

“Ketika itu penduduk sedang kecoh tentang penemuan mayat di laut.

“Saya percaya mayat itu adalah mangsa bunuh kerana terdapat kesan luka dan persaingan antara samseng juga sengit ketika itu,” ceritanya.

Yeoh berkata, terdapat ahli keluarga mangsa yang terjun daripada Jambatan Pulau Pinang menawarnya sebanyak RM5,000 untuk mencari mayat.

“Tetapi saya tidak dapat terima wang itu kerana mereka (keluarga mangsa) juga pasti sedih setelah kehilangan ahli keluarga.

“Bagaimana saya nak ambil wang itu,” ujarnya.

Kisah di laut yang dilalui Yeoh bukan sekadar mencari dan membawa naik mayat tetapi dia turut berjaya menyelamatkan mangsa bot karam.

“Saya masih ingat semasa menyelamatkan enam daripada tujuh pemancing apabila bot mereka terbalik berhampiran jambatan Pulau Pinang.

“Ada juga sekali itu, saya menyelamatkan lima orang daripada lemas, ia berlaku pada 1980-an,” jelasnya.

Yeoh memberitahu, berdasarkan pengalamannya, mayat mangsa lemas akan terapung selepas 26 jam berada dalam air.

Menurutnya, dalam tempoh itu agak sukar untuk menemui mayat lemas dan keluarga diminta melakukan sesuatu mengikut kepercayaan agama masing-masing. – mStar Online

Tags: MayatPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd