• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yana Batalkan Hasrat Tukar Jantina Ogos Ini

oleh AK-47
05/05/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Media Sosial medium paling trending untuk berdakwah. Paling tidak untuk rakan-rakan mak nyah yang mencari jalan penghijrahan.

Lebih menarik apabila sembang whatsapp memberi ruang komunikasi efisen 24/7. Pada bila-bila masa perbincangan dapat dibuat mengikut keperluan rakan-rakan dalam grup.

#PenghijrahanFenomena Safiey Ilias, 22, yang pernah menjalani kehidupan mak nyah sejak bergelar jutawan pada usia 19 tahun kini berdakwah melalui Whatsapp.

Safiey pernah menjalani pembedahan memasang implan payudara di Bangkok tahun lalu.

Namun pada April lalu, Safiey memilih untuk kembali hidup sebagai lelaki dan menjalani satu lagi pembedahan mengeluarkan implan.

#PenghijrahanFenomena TV Al Hijrah menemubual Safiey pagi tadi, mengenai perkembangan usaha dakwahnya di kalangan mak nyah.

Sangat menarik kerana Safiey muncul di set program bersama Yana, mak nyah yang mahu kembali ke pangkal jalan.

Yana atau nama sebenar Harry Zulkifli, 24, nekad membatalkan pembedahan jantina yang dijadualkan Ogos ini setelah melihat perubahan Safiey.

Di set #PenghijrahanFenomena Harry menceritakan dilema serta bibit-bibit awal dirinya menjadi mak nyah.

Bersama Harry, Safiey menceritakan aktiviti dakwahnya melalui aplikasi medium sembang sosial.

“Ada mak nyah yang nak berhijrah tapi tak tahu bila. Safiey tidak paksa, tapi sentiasa mengingatkan mereka,” katanya.

Safiey membuka grup Whatsapp khas untuk rakan-rakannya. Malah, meraikan setiap mak nyah dengan penuh hormat.

Harry berkawan rapat dengan Safiey sejak dua tahun lalu. Ketika Safiey melahirkan hasrat untuk berubah, Harry paling kuat mendorongnya.

“Saya call Yana sambil ngadu nak buang implan payudara dan dia sangat menyokong,” kata Safiey.

Safiey turut menjelaskan keputudan itu tidak mudah kerana dirinya memiliki naluri dan nasfu seorang perempuan.

Bagi Harry pula, kehidupan terumbang-ambing dalam keluarga yang bercerai, antara faktor dirinya terasa keliru dan sangat tertekan.

” Ayah bercerai dengan mak sejak umur saya setahun. Sampai sekarang saya tak pernah kenal siapa bapa,” katanya.

Kurang bergaul dan menjalani kehidupan di rumah dengan kerja-kerja di dapur dan mengemas, antara faktor awal Harry mengalami kekeliruan idenditi.

Sejak bila Harry menjadi mak nyah? Kenapa dia berminat untuk melakukan pembedahan jantina?

Saksikan temubual hos #PenghijrahanFenomena Syirfan Indera Mitra Surya Hussin di TV Hijrah 9.30 malam ini. Serta jangan lupa untuk lebih awal berdating dengan Tonight With Dr. Zakir Naik.

Ayuh tambah ilmu anda bersama TV Al Hijrah #IslamIsFirstClass.

Yana Batalkan Hasrat Tukar Jantina Ogos Ini

Tags: Mak NyahPondan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

27/07/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah...

Kedah Fashion Week: Tindakan Terhadap Mak Nyah Dalam Perbincangan

Kedah Fashion Week: Tindakan Terhadap Mak Nyah Dalam Perbincangan

11/08/2022
0

ALOR SETAR : Tindakan terhadap mak nyah yang memakai pakaian mencolok mata hingga menimbulkan kontroversi terhadap penganjuran Kedah Fashion Week...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd