• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Xtra Jumbo Pesta Iklan IKS Di TV AlHijrah

oleh
20/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYUH semua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menyertai XtraJumbo iaitu Pesta Iklan Produk Usahawan IKS di stesen TV AlHijrah dengan tawaran 500 siaran iklan sepanjang Ramadan hanya RM60,000?

Ya. Ini bukan mimpi. Tetapi langkah drastik untuk membantu produk IKS menjadi popular.

Sekiranya sebelum ini masalah kos yang tinggi mencecah jutaan ringgit untuk membolehkan usahawan IKS mendapat ruang iklan TV, namun semuanya itu sudah berlalu.

Berpegang pada falsafah Berkongsi Kemakmuran Rezeki Ramadan, TV AlHijrah melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi promosi istimewa Iklan Murah Bazar Ramadan.

“Kita wajar memastikan IKS menjadi kuasa baharu pengiklanan. IKS antara tunjang utama ekonomi domestik. Jadi, media harus memberi sokongan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Pakej XtraJumbo ialah kemuncak tawaran iklan murah TV AlHijrah sempena Ramadan dan Syawal. Kempen CSR ini khusus untuk memastikan produk IKS mendapat tempat di media arus perdana.

“Musim Ramadan Syawal tempoh terbaik untuk pemasaran produk dan jenama. Cuma harga yang terlalu mahal menyebabkan usahawan IKS tersisih. Jadi kempen ini inisiatif ikhlas TV AlHijrah untuk mereka,” katanya.

Lazimnya bagi 500 spot siaran iklan pada harga pasaran boleh mencecah RM500,000. Kos ini terlalu mahal untuk usahawan IKS.

Isu kos iklan terlalu mahal antara kekangan utama usahawan industri IKS untuk menembusi platform TV.

IZELAN BASAR
IZELAN BASAR

Walaupun kajian menunjukkan IKS menjadi fokus utama pertumbuhan ekonomi negara menjelang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA), namun hingga kini IKS masih tersisih dalam memantapkan jenama.

“IKS antara teras utama ekonomi kita menjelang pelaksanaan TPPA. Kita tidak boleh abaikan potensi IKA. Program CSR kami satu langkah drastik untuk melonjakkan produk IKS supaya lebih kompetitif menjelang TPPA pada 2018,” kata Izelan.

Bagi usahawan berminat untuk menyertai sesi Bincang Niaga, anda boleh hadir terus di stesen TV AlHijrah dari Isnin hingga Rabu pada 23, 24 dan 25 Mei.

Sesi ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk usahawan IKS dan ini termasuk khidmat Pembikinan Slid Iklan.

Bagi yang berminat segera hubungi Whatsapp/SMS ke 011 2172  1121 atau e-mel airtimesouq@tvalhijrah.com

Sesi Bincang Niaga akan membantu usahawan untuk memilih dan mendapatkan pakej terbaik bagi mempromosi produk dan jenama keluaran mereka.

Bermula dengan harga serendah RM2500 untuk 16 spot Iklan pakej ini fleksibel hingga ke XtraJumbo RM60 ribu bagi 500 spot iklan.

Bagi usahawan IKS, inilah masanya untuk pastikan produk anda melangkah ke depan setanding dengan jenama popular. Masa sudah tiba, tepuk dada tanya selera! – Mynewshub.cc

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyokong Desak Li Yongbo Letak Jawatan

Next Post

Mesut Ozil Tunai Umrah Menjelang EURO 2016

Related Posts

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

Next Post

Mesut Ozil Tunai Umrah Menjelang EURO 2016

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd