• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Tikam Rakan Sampai Mati

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nilai – Seorang lelaki warga Vietnam maut ditikam rakan sekerjanya di sebuah kilang besi di Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, di sini, tengah hari semalam.

Mangsa, Tran Try Ong Thien Lan, 42, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre jam 2.35 petang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, berlaku kejadian pergaduhan jam 12.30 tengah hari antara mangsa dan seorang lelaki warga Vietnam berusia 28 tahun di kawasan kilang berkenaan.

“Suspek bertindak menikam mangsa di bahagian rusuk kiri dipercayai menggunakan senjata pisau lipat. Kejadian itu disedari rakan sekerja lain sebelum mangsa dihantar ke hospital berkenaan untuk rawatan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Polis kemudian menahan suspek di kawasan berhampiran kilang berkenaan, namun senjata digunakan suspek masih belum ditemui,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – myMetro Online

Tags: kes bunuhwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd