• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Pulangkan Buku Libari Selepas Pinjam 67 Tahun

oleh AK-47
01/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita warga emas mengambil masa selama 67 tahun untuk memulangkan kembali sebuah buku yang dipinjamnya ke tempat asal.

Buku bertajuk Myths and Legends of Maoriland karya AW Reed itu dipinjam dari Perpustakaan Komuniti Epsom yang terletak di Auckland, New Zealand pada tahun 1948.

Pustakawan bernama Zoe Cornelius memberitahu, buku tersebut dipinjam semasa wanita itu masih kecil dan beliau telah menyimpan hasrat untuk memulangkannya sejak bertahun-tahun lamanya.

“Beliau kelihatan agak serba salah namun saya berasa senang hati kerana menurutnya, beliau membaca buku itu berkali-kali dan menyukainya dan ia membuatkan saya gembira kerana buku itu dijaga dengan baik dan disayangi,” kata Cornelius, seperti dilaporkan laman The Guardian.

Menurut rekod perpustakaan, buku tersebut lewat dipulangkan selama 24,604 hari dan mengumpul denda sejumlah NZ$24,500 (RM66,700).

Perpustakaan tersebut bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendenda wanita itu kerana buku yang dipinjamnya masih dalam keadaan baik.

Sebelum ini, denda paling tinggi yang tercatat dalam Rekod Dunia Guinness adalah $345.14 kerana memulangkan buku kepada Perpustakaan Awam Kewanee, Illinois hanya setelah 47 tahun, lapor laman Huffington Post. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bukuluar biasaperpustakaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersyukur Pencapaian Luar Biasa JDT, Jangan Tunding Jari Ikut Emosi – Tunku Mahkota Ismail

Bersyukur Pencapaian Luar Biasa JDT, Jangan Tunding Jari Ikut Emosi – Tunku Mahkota Ismail

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menyeru pihak yang mengkritik pasukan itu agar...

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd