Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Jho Low Sedang Bersembunyi...

KUALA LUMPUR - Mustahil untuk ahli perniagaan paling dikehendaki, Low Taek Jho atau...

Jangan Alpa, Pandang Remeh...

HULU TERENGGANU - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Jailani Johari mengingatkan...

Kawal Kemasukan Pembangkang Ke...

IPOH - Parti Amanah Negara (PAN) Perak mengingatkan Pakatan Harapan (PH) negeri supaya...

Kementerian Pendidikan Sentiasa Berusaha...

PORT DICKSON - Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha melaksanakan kaedah meningkatkan prestasi guru sebagaimana...

Wanita Buta Tak Sengaja Pulas Zakar Polis

SEORANG wanita yang buta kedua-dua matanya ditahan setelah tidak sengaja ‘memulas’ zakar seorang anggota polis dalam satu kejadian di sebuah bar di England, baru-baru ini.

Angela Green, 48; malah terpaksa ‘disumbat’ di dalam lokap polis selama 18 jam selepas dia dikatakan cuba melakukan gangguan seksual, menurut laporan media tempatan.

Memetik portal Metro.co.uk, kejadian luar tabii itu bermula apabila sepasukan polis membuat serbuan di sebuah bar di Merseyside yang dilaporkan terdapat pergaduhan kecil sesama pengunjung.

Wanita Buta Tak Sengaja Pulas Zakar Polis
Bar di Merseyside. – Foto Google

Pada ketika itu Angela dan suaminya yang sedang lepak telah diarahkan untuk menirap di atas lantai susulan seorang anggota polis yang mengacukan pistol ke udara menjerit “get down” kepada semua pengunjung.

Ini membuatkan Angela yang duduk berhampiran dengan polis itu, secara tidak sengaja telah mencapai bahagian sulit lelaki berkenaan sewaktu hendak meniarap, dan dikuti satu pulasan pada bahagian zakar.

Ia lantas membuatkan pegawai polis berkenaan terus menahannya dan Angela telah dituduh melakukan gangguan seksual akibat dirinya didapati terlalu mabuk.


Ibu kepada tiga anak itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada tuduhan berkenaan akibat tindakannya itu adalah tidak disengajakan dan lebih-lebih lagi dia merupakan seorang OKU penglihatan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro.co.uk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori