• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Mohammad Khair-il Pemimpin Yang Penyabar

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang masih hilang dalam nahas helikopter di Sarawak Khamis lalu, merupakan pemimpin yang komited dan penyabar.

Perkara itu diakui Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan yang mengenali Wan Mohammad Khair-il sejak 20 tahun lalu.

“Dia bukan jenis pemimpin cacamarba dan hentam keromo. Dia bermula sebagai anggota jawatankuasa bahagian, ketua pemuda dan seterusnya Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

“Saya kenal beliau semasa menjadi Ahli Kelab UMNO Luar Negara dan sering bertemu semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi keluarga Wan Mohamad Khair-il Anuar di Bukit Chandan dekat sini Sabtu.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berharap sesuatu yang luar biasa akan berlaku dan semua mangsa yang terbabit dalam tragedi itu ditemui secepat mungkin.

Mengenai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas itu, Ahmad berkata Allahyarham merupakan pemimpin yang profesional serta berkalibar.

Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang semalam.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong kira-kira 2 pagi tadi. – BERNAMA

Tags: Ahmad Maslannahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laporan Awal Siasatan Nahas Helikopter Dalam Tempoh Sebulan

Next Post

PRN Sarawak: 40 Pengundi Cemas Koridor Sekolah Runtuh

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Next Post

PRN Sarawak: 40 Pengundi Cemas Koridor Sekolah Runtuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd