SUSULAN video viral wanita dikenali sebagai Bella yang mengamuk akibat produk pelangsing yang dibelinya tidak membuat dirinya kurus atau panas ketika digunakan, kini muncul sebuah video parodi memberi nasihat pedas kepada wanita terbabit.
Artikel Berkaitan: Wanita Mengamuk Lapor Polis, Krim Kurus Tak Panas
Menerusi perkongisan daripada pengguna Facebook Ahmad Khairul Naim, dia yang menggelarkan dirinya sebagai ‘kakak’ kepada Bella memberitahu tips penting buat wanita itu agar sedar dengan keadaan dirinya, terlebih dahulu.
“Adik aku ni (Bella) bukan apa, dia ni kadang-kadang otak dia terencatkan, so pada adik akak bukan nak marah la eh.
Mesej Khas Dari ‘Akak’ Kepada Bella oleh mynewshub
“Ok lain kali kalau adik rasa losyen tak panas, adik ambil bara api, letak kat perut pun adik rasa tak panaskan? Sebab apa? Sebab lemak adik macam ba**.
“Kalau rasa tak panas jugak, adik ambil air mendidih dalam cerek, then adik taburkan kat perut adik yang macam ker..bau tu kan,” katanya.
Khairul Naim turut menasihatkan Bella supaya melupakan segala pil atau produk langsing badan, sebaliknya diganti dengan aktiviti riadah yang sihat seperti bersukan.
“Kau sebenarnya kena ambil benda ni shuttlecock, untuk main badminton kau tau? Kau, gemuk macam kau, baik kau pergi bersukan, okay kau semua jangan kecam adik aku tau, kesian dia bodoh nak mampus,” ujarnya di penghujung rakaman. – MYNEWSHUB.CC