• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pelanggan Fareeda Berasak Lagi, Kali Ni Demi Kopi Free!

oleh AK-47
03/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU sahaja reda kontroversi video ‘serangan’ tudung Fareeda, nama pasangan Fizo Omar dan isterinya, Mawar Fareeda sekali lagi hangat diperkatakan apabila dilihat membiarkan orang ramai berasak-asak berebut lagi, di premis tudung mereka.

Kali ini, kopi percuma yang ditawarkan pula dikatakan jadi punca.

BACA: Wardina Tegur Usahawan Tudung Layan Pelanggan Macam Lembu

fizo kopi percuma

Difahamkan, kopi percuma itu diberi untuk menarik perhatian pelanggan bagi mendapatkan nombor giliran untuk koleksi terbaharu keluaran Fareeda yanag bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Rakaman insiden tersebut kini tersebar meluas di laman sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan beratus-ratus pelanggan berasak-asak di luar pagar yang dikawal oleh pasukan RELA.

Bagaimanapun, ada antara mereka telah bertindak ganas untuk masuk ke kawasan kilang Fareeda Group dengan merempuh anggota RELA, sehingga ada yang tertanggal tudung dan terhimpit di celah pagar.

Insiden tersebut sekali lagi mengundang kemarahan netizen yang berpendapat Fizo tidak pernah serik memperlekehkan para pelanggannya dan langsung tidak mengambil iktibar kejadian terdahulu.

“Bodoh je Fizo Omar ini. Tak habis-habis publisiti murahan. Upload video orang nak kopi,” tulis Haafiza Maamor.

“Baru lepas tengok video orang berebut kopi. Memang Fizo dan Mawar suka tengok pelanggan diaorang berebut lelaki perempuan kot. Tak serik tu,” tulis Erin Farina.

Terdahulu, video viral memaparkan pelanggan Fareeda berebut lelaki perempuan demi mendapatkan nombor giliran membeli tudung terbaharu Fareeda dengan harga lebih murah telah mencetuskan sensasi internet dan dikecam hebat netizen.

Pengacara Wardina Safiyah antara yang menegur insiden berkenaan dan meluahkan perasaan kesal kerana ia menampakkan seolah-olah pelanggan dilayan seperti lembu.

Jelas Wardina, ada bermacam-macam cara lagi boleh dilaksanakan untuk mengelak insiden sebegitu seperti pendaftaran secara online, email, dan meningkatkan bilangan staf ketika pemberian nombor giliran dibuat.

Video yang mencetuskan kecaman itu jelas memperlihatkan ribuan pembeli kelihatan bersesak-sesak dan berhimpit antara lelaki dan perempuan untuk mendapatkan tudung terbaharu.

BACA: Aksi Mawar Fareeda Ketika Pelanggan Berebut Undang Kritikan 

KOPI FIZO

Lebih panas, gelagat Mawar yang memegang kepalanya dan meluahkan perasaan ‘ala-ala’ terkejut campur seronok melihat orang ramai berpusu-pusu merebut nombor giliran dalam video itu turut dikritik.

Dalam pada itu, Fizo menafikan kejadian berhimpit seteruk sebelum ini berlaku lagi dan menyifatkan ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja memanaskan keadaan.

Bagaimanapun, penjelasan aktor popular itu dianggap ramai netizen seakan tidak selaras dengan apa yang diperlihat menerusi video viral berdurasi 16 saat itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fizo Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suruh Pelancong China Jangan Kentut, Sendawa Sesuka Hati

Next Post

Perlis Mahu Anjur Solat Istisqa Kali Kedua

Related Posts

Fizo Omar Pilih Fazeera Sebagai Suri Hatinya

22/10/2021
0

PELAKON, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort,...

“Fizo Telefon Ayah Minta Maaf” – Hawa Rizwana

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, mengakui pelakon dan usahawan, Fizo Omar meminta maaf...

Next Post

Perlis Mahu Anjur Solat Istisqa Kali Kedua

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd