AKAUN laman sosial Twitter Katy Perry yang memiliki sebanyak 89 juta pengikut dilaporkan telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, baru-baru ini.
Individu itu menggodam dengan menulis beberapa kicauan merepek termasuk memetik nama musuh Katy iaitu Taylor Swift dalam salah satu siri twitnya itu.
Menghantar mesej ‘miss u baby @taylorswift13’, kicauan itu sahaja sudah menimbulkan situasi pelik kerana diketahui bahawa dua superstar ini  bermusuh antara satu sama lain.

Mereka berdua mula bermusuhan sejak tahun lalu apabila Taylor mengakui bahawa dia terasa seperti ditikam belakang oleh Katy walaupun sebelum ini mereka merupakan rakan baik.
Namun, baik Taylor mahupun Katy tidak pernah mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan mereka berbalah kepada perhatian umum.
Katy kini mampu menarik nafas lega apabila Twitternya kini sudah boleh beroperasi seperti biasa dan bebas daripada serangan penggodam selepas melaporkan hal itu kepada pengendali laman sosial berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

