• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan Terhadap Sabah Tidak Menjadi Isu – Najib

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Rancangan pihak tertentu untuk membuat tuntutan terhadap Sabah tidak menjadi isu kerana negeri ini telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Oleh itu, saya anggap ini (tuntutan terhadap Sabah) bukan suatu isu dan saya ingin menyatakan bahawa bumi Sabah ini kita tetap pertahankan kerana Sabah merdeka dalam Malaysia,” katanya.

Belia menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan bakal presiden Filipina, Rodrigo Duterte, Rabu lalu bahawa negara itu akan meneruskan tuntutannya terhadap Sabah.

Katanya Sabah sudah merdeka dalam Malaysia seperti yang diputuskan pada 1963 dan status negeri ini diputuskan hasil referendum yang dilakukan Suruhanjaya Cobbold dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sekali gus, katanya, tiada pihak yang boleh mempersoalkan status negeri ini dari segi undang-undang antarabangsa.

“Rakyat Sabah pun sudah menyatakan hasrat sepanjang masa bahawa mereka bersama-sama dalam Malaysia dan perkara ini dinyatakan juga oleh Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pecah tanah projek pembinaan pangkalan operasi hadapan (FOB) helikopter Lahad Datu di sini hari ini.

Semalam, Musa menegaskan Sabah tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan Filipina dan mana-mana pihak terhadap negeri ini dan Sabah memilih untuk kekal di dalam persekutuan Malaysia.

Najib memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kedaulatan Sabah dan Malaysia.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa pelbagai inisiatif telah dilakukan kerajaan untuk mempertahankan Sabah dan ia menggambarkan komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh dalam menjamin, memelihara dan memberi makna kepada Sabah sebagai sebuah negeri yang merdeka dalam Malaysia.

Menurutnya, kerajaan akan tetap mempertahankan setiap inci negeri ini bagi mempastikan rakyat Sabah boleh hidup dengan aman dan selamat sepanjang masa.

Najib berkata jika setiap rakyat bersama dan memainkan peranan dalam mempertahankan bumi Sabah bersama kerajaan, ini akan dapat memastikan negeri ini terus berada dalam keadaan selamat.

“Rakyat perlu setia kepada kerajaan, kepada bumi Sabah ini dan kepada Malaysia… jangan sesekali menjadi tali barut kepada musuh negara,” katanya.

“Kita juga inginkan industri pelancongan terus maju di Sabah dan amat penting dalam usaha kerajaan yang melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar, rakyat mesti juga memainkan peranan,” kata perdana menteri.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Projek FOB helikopter dengan peruntukan RM9 juta di kawasan seluas 0.48 hektar di Lapangan Terbang Lahad Datu itu membabitkan pembinaan shelter dan apron yang mampu menempatkan enam helikopter.

FOB itu akan berfungsi sebagai pusat transit dan bantuan udara untuk pengoperasian semua jenis helikopter Angkatan Tentera Malaysia selain berupaya diangkat sebagai pusat operasi ketika operasi pertahanan dilaksanakan bagi melumpuh serangan atau ancaman luar. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd