Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Amhari Terima Wang Saku...

KUALA LUMPUR - Saksi kelapan perbicaraan 1Malaysia Development (1MDB) hari ini membuat pendedahan...

IJN Berjaya Implan Tanpa...

KUALA LUMPUR - Pasukan perubatan dari Institut Jantung Negara (IJN) telah berjaya melakukan...

Pakatan Harapan Tarik Balik...

KUALA LUMPUR - Selepas dikecam dan dikritik hebat oleh netizen, Pakatan Harapan hari...

1 Maut, 13 Cedera...

HOUSTON (Amerika Syarikat): Seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tembakan...

Tunggu Kepastian Umum Kehamilan – Nad Zainal

PELAKON bertubuh genit dan berwajah comel, Nad Zainal, akui belum bersedia untuk mengumumkan tentang berita kehamilannya dengan orang ramai.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, sekiranya sudah mendapat kepastian dia akan berkongsi berita gembira itu.

“Insya-Allah, sampai masa dan ada khabar gembira saya akan maklumkan kepada semua.

“Tidak dinafikan sejak gosip ini tersebar saya dihujani banyak pertanyaan,” katanya.

Walaupun dikatakan hamil, namun Nad masih lagi aktif berlakon dan baru sahaja habis menjayakan teater Ombak Rindu di Istana Budaya.

Nad Zainal, Ombak Rindu


Terdahulu, Nad dilaporkan sedang hamil tiga bulan namun tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu menerusi sebuah akhbar. Perkara itu disampaikan kru produksi drama yang bakal dibintangi Nad.

Nad yang pernah merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) baru selesai menjalani sesi penggambaran telefilem raya bersama Datuk Rosyam Nor.

Aktres itu, kini bahagia berkongsi hidup dengan suami, Muhamad Faliq Amirudin, 28, setelah sah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember lalu. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori