• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggakan Gaji: Kafa ‘Cabar’ FAM, FMLLP Ambil Tindakan

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya mengalu-alukan mereka ambil tindakan jika mereka rasa itu tindakan betul dan wajar.”

Demikian tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam nada sinis mencabar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) untuk mengambil tindakan terhadap pasukan Kelantan susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji lima bekas pemain mereka.

Annuar berkata beliau kecewa dengan sikap FMLLP dan FAM yang dilihat menjatuhkan hukuman dengan mudah kepada pasukan yang bergelut dengan isu tunggakan gaji pemain tanpa mengendahkan masalah dihadapi pasukan terlibat.

“Saya selalu nyatakan inilah masalah bola sepak Malaysia. Mereka terlalu fikirkan soal hendak ambil tindakan sampai terlupa pasukan itu adalah pihak berkepentingan.

“Jangan sampai saya buka mulut seperti TMJ (Tunku Mahkota Johor) , cukuplah beliau seorang mengkritik kepincangan FAM,” katanya pada sidang media mengumumkan kerjasama antara Kafa dan FC Bari 1908 di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini, Khamis.

Jelas beliau, menghukum pasukan bukan jalan terbaik sebaliknya FMLLP perlu melakukan sesuatu untuk mengangkat martabat bola sepak negara menerusi etika pengurusan yang baik.

“Tolong jangan lupa kami adalah pihak berkepentingan yang mengeluarkan pelaburan. Secara kolektif, 12 pasukan di Malaysia melabur hampir setengah bilion setahun.

“Tanpa kami, FAM begitu juga FMLLP tiada apa-apa. Mereka perlu bekerja untuk kami. Bagi saya ini merupakan rompakan secara terang-terangan apabila anda ambil RM70 juta dan mahu kami cari dan keluarkan wang serta perlu beraksi cemerlang,” katanya.

Justeru Annuar menyarankan agar FMLLP dan FAM duduk berbincang dengan Kafa untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu tersebut dan bukan membuat kenyataan secara terus kepada media.

“Persepsi buruk itu harus ditukar. Kita perlu bersama-sama membangunkan arena bola sepak negara bukannya saling menjatuhkan satu sama lain dan bercakaran,” katanya.

Pada 3 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam mencadangkan kepada FAM untuk melakukan pemotongan mata kepada KAFA sekiranya gagal menjelaskan tunggakan gaji kepada bekas pemainnya sebelum 31 Mei ini.

FMLLP ialah sebuah entiti swasta yang bertanggungjawab menguruskan Liga Malaysia bermula musim ini.

Lima bekas pemain Kelantan yang masih belum menerima tunggakan gaji ialah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang menamatkan kontrak mereka bersama KAFA untuk menyertai pasukan lain musim ini. – mStar Online

Tags: FAMKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Diselamatkan Pekerja Domino Selepas 11 Hari Tidak Beli Pizza

Next Post

4 Mangsa Bot Karam Di Kudat Ditemui Selamat

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

4 Mangsa Bot Karam Di Kudat Ditemui Selamat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd