• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Mohd Khalil Angkat Sumpah Jawatan YDP Melaka

oleh Ahmad Albab
27/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat dalam istiadat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Mohd Khalil kemudian menandatangani watikah jawatan tersebut disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Istiadat itu dihadiri isteri Mohd Khalil iaitu Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat kepada Mohd Khalil.

Mohd Khalil, 78, sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang keenam pada 2 Jun 2004 dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 4 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu pernah memegang beberapa jawatan dalam Kabinet iaitu sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) dan Menteri Penerangan (1999-2004) selain menyandang jawatan Menteri Besar Pahang kelapan selama 13 tahun dari 1986 hingga 1999. – BERNAMA

Tags: Tun Mohd Khalil Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perikatan Nasional Melaka Menghadap TYT Kali Kedua

06/03/2020
0

AYER KEROH - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini bersetuju menerima kunjungan kali kedua semua...

Istiadat Angkat Sumpah KM Melaka Ditangguh

05/03/2020
0

MELAKA - Yang Dipertua Melaka, Mohd Khalil Yaakob menangguhkan istiadat angkat sumpah ketua menteri ke-12 ke Isnin depan. Setiausaha Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd