• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Dicekup Ketika Ambil 7kg Ganja Melalui Kurier

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang tukang masak di sini ditahan ketika mengambil dua kotak dipercayai mengandungi 7 kilogram ganja di sebuah pejabat penghantaran kurier di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, Supt Mohamed Fadzil A. Rahman berkata lelaki tempatan berumur 28 tahun itu ditahan pukul 5 petang Selasa lepas ketika menerima kotak berkenaan yang mengandungi tujuh bungkusan besar dan satu bungkusan kecil mengandungi ganja seberat kira-kira 7kg.

Menurutnya, dadah itu dianggarkan bernilai RM63,000 dan dipercayai dihantar dari Kuala Lumpur untuk pasaran tempatan.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif. Dia juga tidak mempunyai rekod jenayah.

“Suspek direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Susulan penahanan lelaki itu, Mohamed Fadzil berkata, JSJN bersama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman turut menyita tiga kenderaan bernilai RM128,500 iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax, Perodua Viva dan motosikal Kawasaki KLX150 di rumah suspek di Penampang dekat sini.

“Hasil kejayaan ini membuktikan polis khususnya JSJN Sabah dan STING Bukit Aman sentiasa komited dalam usaha membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah.

“Polis turut berterima kasih kepada masyarakat yang selama ini menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: ganjapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd