• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Gambarkan Clinton Sebagai Perogol

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sanggup mengeluarkan iklan yang memaparkan Bill Clinton sebagai seorang perogol.

Ia sebahagian daripada serangan terbaharu ke atas isterinya, Hillary, pesaing utama hartawan itu dalam kempen pilihan raya presiden 2016.

Trump yang dikenali bermulut celupar dilihat cuba menggunakan pendekatan psikologi dengan menyalahkan Clinton yang masih dibayangi skandal seksual terbesar dalam sejarah AS.

Trump, antara bakal calon berpotensi merebut jawatan presiden daripada parti Republikan, mengeluarkan klip video ngeri 15 saat yang menunjukkan bekas presiden dengan cerut besar di mulut.

Dalam klip berkenaan kedengaran suara wanita menangis sambil menuduh Clinton melakukan gangguan seksual sementara Hillary kedengaran sedang ketawa.

Iklan berjudul ‘Is Hillary really protecting women?’, menyasarkan pendekatannya terhadap wanita dan wanita muda dengan menunjukkan bahawa Hillary tidak begitu menyokong hak wanita seperti yang didakwa.

Antara wanita yang kedengaran dalam klip berkenaan adalah Juanita Broaddrick, yang baru-baru ini mengesahkan beliau dirogol oleh Clinton ketika berusia 35 tahun.

Trump juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran perang psikologi pesaingnya apabila parti Demokratik mengeluarkan video iklan berjudul Speak.

Selain tidak popular dalam kalangan wanita, Trump juga tidak disenangi warga Muslim, Afrika Amerika dan Amerika Latin. – Agensi/myMetro Online

Tags: Bill Clinton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dokumen Epstein: Bill Clinton, Michael Jackson, Diana Ross, Mick Jagger Antara Nama Dikaitkan

Dokumen Epstein: Bill Clinton, Michael Jackson, Diana Ross, Mick Jagger Antara Nama Dikaitkan

20/12/2025
0

WASHINGTON: Pendedahan dokumen berhubung mendiang pesalah seks Jeffrey Epstein semalam hadir susulan desakan berbulan lamanya terhadap pentadbiran Trump demi ketelusan...

Trump Bersama Wanita Dakwa Salah Laku Bill Clinton

10/10/2016
0

NEW YORK - Menjelang debat presiden Amerika Syarikat, calon Republikan, Donald Trump muncul dengan wanita-wanita yang menuduh Bill Clinton melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd