Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Kedah Rasmi Masjid...

BALING - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat...

Bajet 2017 Bukan Sembang...

ALOR SETAR - Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan dilaksanakan kerajaan...

Sultan Kedah Menerima Darjah...

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah menerima Darjah Kerabat...

Pembunuh Dr. Fadi Mungkin...

BANGKOK – Dua lelaki kelihatan seperti orang "Timur Tengah", yang disyaki membunuh pensyarah...

TPM Pesan “Jangan Mudah Jatuh Cinta”

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak tahun 2013 hingga Mei tahun ini sebanyak 4,673 kes penipuan sindiket jenayah ‘love scam’ dilaporkan dengan jumlah wang RM182.3 juta.

“Jumlah (kes) yang kita perolehi melebihi daripada negara lain, ertinya wanita negara kita ini terlalu mudah mempercayai kata-kata indah. Biar kita memerlukan cinta tetapi jangan mudah jatuh cinta dengan cinta palsu.

“Apa saya nak tekankan di sini perbuatan jenayah ini terlalu licik dan kelicikan ini memerlukan laporan daripada semua pihak,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz di Parlimen pada Rabu.

“Jumlah besar tersebut merupakan angka kes yang melaporkan kepada pihak polis, mungkin lebih ramai yang tidak lapor,” jelas Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dalam usaha menangani jenayah berstruktur ini selain bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Bank Negara dan institusi kewangan.


“Untuk menuduh semua rakyat (dari benua) Afrika buat perkara ini adalah tidak adil, namun kita berhati-hati dengan kelulusan visa pelajar dari luar negara.

“Servis Pendidikan Global Malaysia (EMGS) melalui Kementerian Pendidikan Tinggi akan memastikan pelajar berkenaan adalah tulen,” katanya lagi. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori