• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Perintis Sijil Ikrar Integriti Korporat Banteras Gejala Rasuah

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam memantapkan strategi memerangi rasuah dan meningkatkan urus tadbirnya, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi perintis dalam melaksanakan Sijil Ikrar Integriti Korporat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata perkara itu akan memberi fokus kepada ketelusan dalam pengurusan perolehan barangan dan perkhidmatan.

“Inisiatif sijil ikrar itu yang dilaksana bersama SPRM adalah untuk memperkasakan pengurusan perolehan dan akan diterapkan kepada syarikat korporat yang berurusan dengan TLDM dalam usaha meningkatkan aspek integriti dan ketelusan dalam semua aspek pengurusan TLDM.

“Setakat ini, sebanyak 25 syarikat telah secara sukarela menyahut seruan TLDM untuk menandatangani sijil ikrar berkenaan dan respons ini secara tidak langsung mempamerkan sokongan padu syarikat terlibat dalam membanteras gejala rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi TLDM 2016 di Auditorum Wisma Pertahanan, di sini, Selasa.

Ahmad Kamarulzaman berkata komitmen ini juga akan menentukan urusan yang telus dalam penyediaan perkhidmatan yang cekap dan profesional.

“Inisiatif ini juga merupakan satu lagi inovasi pengurusan TLDM dalam membudayakan integriti dan pengurusan yang cekap serta bersih dalam warga TLDM dan syarikat terlibat.

“Selain itu, ia juga akan merealisasikan agenda TLDM yang menginginkan sebuah organisasi yang dipercayai dan diyakini serta mendukung segala agenda nasional kerajaan,” katanya.

Turut hadir dalam perasmian itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali dan Timbalan Panglima TUDM, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan.

Sementara itu, Ahmad Kamarulzaman menegaskan Program Transformasi ’15 to 5′ yang dilaksanakan oleh TLDM tidak akan mengganggu sebarang operasi dan latihan di mana-mana perairan negara ini.

“Ia dilakukan secara berperingkat dan TLDM akan lucut tauliah kapal lama yang sering mengalami kerosakan. Apa yang penting, TLDM tidak perlu berbelanja dengan kerap dan dengan peruntukan yang ada TLDM dapat membeli kapal baharu serta lain-lain aset,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika mengulas perkembangan empat mangsa yang dilaporkan hilang di perairan Kudat, Sabah, Ahmad Kamarulzaman berkata pihaknya mempergiatkan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

“Saya telah mengerahkan Tim Penyelam TLDM Teluk Sepanggar, Sabah yang terdiri daripada enam anggota TLDM untuk mencari mangsa di perairan itu.

“Selain itu, dua kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Johor dan KD Perak serta sebuah helikopter jenis Super Lynx turut diatur gerak membantu agensi keselamatan lain yang terlibat sama dalam operasi SAR,” katanya.

Pada 2 Mei lalu, empat mangsa yang hilang dalam insiden itu ialah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Tommy Lam Wai Yin, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23.

Ahad lepas, sebuah daripada enjin bot berkenaan dijumpai tersangkut pada pukat nelayan, namun sebuah lagi enjin 3 kuasa kuda berserta bot terjatuh semula ke dalam air semasa pukat itu ditarik naik oleh nelayan.

Alen Lam, adik Tommy, kemudian mengesahkan enjin 3 kuasa kuda yang dijumpai itu adalah enjin bot yang hilang berdasarkan diskripsi pada enjin. – BERNAMA

Tags: rasuahTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd