• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lesen Memandu? Anda Akan Terus Dibawa Ke Mahkamah

oleh AK-47
12/05/2016
dalam Utama & Sensasi
3
Share on FacebookShare on Twitter

PENGGUNA jalan raya yang ditahan tanpa lesen memandu yang sah kini akan terus dibawa ke mahkamah untuk dakwaan atas kesalahan yang dilakukan.

Pihak polis mengatakan tiada lagi kompromi diberikan kepada mereka yang memandu atau menunggang atas kesalahan tiada lesen, untuk dikenakan tindakan undang-undang, lapor The Star.

Tindakan drastik itu diambil berikutan peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dilaporkan, polis telah menahan lebih daripada 630,000 pemandu atau penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah sejak tahun 2014 dan 2015.

Mereka dikatakan sebagai penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya pada setiap tahun.

Di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang memandu tanpa perlindungan insurans pula boleh didakwa di bawah Seksyen 90 yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Trafik Persekutuan, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, penguatkuasaan ini disasarkan bagi mendidik mereka tentang bahayanya memandu/menunggang tanpa lesen yang sah.

“Pemandu atau penunggang tanpa lesen ini tidak menjalani ujian atau latihan memandu secara formal. Maka mereka juga tidak tahu undang-undang trafik, tanda jalan atau pemanduan defensi.

“Justeru, mereka bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain bahkan diri mereka sendiri. Penguatkuasaan ini bukanlah mahu membebankan mereka atau mengutip keuntungan.

“Tetapi mahu mendidik. Pasukan polis merupakan agensi penguatkuasaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lesen memandupemandupenunggangpolispolis trafiksaman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd