• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Bekerja, Segala Kekalutan Telah Berakhir

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berharap semua pihak dapat bersama-samanya terus bekerja untuk kebajikan rakyat berikutan segala kekalutan dan isu yang berlaku telah berakhir.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak bersama bergerak ke hadapan, terus bekerja untuk kebajikan rakyat dan yang mustahak adalah bekerjasama serta terus memastikan perkhidmatan dan apa sahaja kerja yang kita buat adalah untuk kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini susulan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa beliau akan terus meneraju kerajaan Terengganu.

Najib berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu untuk membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukannya selepas Sultan Terengganu melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa 22 April lalu.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd