• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teng Sahkan Letak Jawatan Sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan pada Mac lepas.

Namun, beliau berkata kedudukannya sebagai pengerusi BN negeri tidak berubah kerana tidak mengemukakan sebarang surat peletakan jawatan.

“Saya telah mengambil cuti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Parti Gerakan Pulau Pinang berkuat kuasa dari 15 Mei hingga 15 November 2016.

Cuti saya diterima oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan telah dimaklumkan kepada Presiden Parti Datuk Seri Mah Siew Keong,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Teng yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat pada 2013 berkata sepanjang beliau bercuti, Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong diberi tanggungjawab untuk menjalankan segala kuasa sebagai pengerusi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Pada Mei 2013, Teng meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan dan Pengerusi BN negeri berikutan kekalahan teruk parti gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-13 di Pulau Pinang, namun dilantik semula sebagai Pengerusi Gerakan negeri pada April 2014.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi BN negeri pada April 2012 menggantikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. – BERNAMA

Tags: Gerakanletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Kongsi Berita Lama Anwar: Letak Jawatan Jika Enggan Dengar Titah Agong

Fadhli Shaari Kongsi Berita Lama Anwar: Letak Jawatan Jika Enggan Dengar Titah Agong

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkongsi tangkap layar laporan berita lima tahun lalu mengenai kenyataan...

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak mempunyai pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd