Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Dulu Tuduh Najib Jual...

SINDIR... Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan terhadapnya yang...

“Bon Odori: Siapa Yang...

1. Bon - kadang-kadang disebut sebagai Obon - ialah adat resam masyarakat Jepun...

Tanah Runtuh: Operasi Cari,...

GEORGE TOWN - Operasi mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh...

Sweet… Qi Terima Surprise...

SWEETNYA... Gigih si kekasih melukis mural buat hadiah hari lahir pelakon dan pengacara...

Teknik Cepat Keringkan Baju Oleh Pengguna MRT Singapura

KEBIASAANNYA gelagat dan tingkah laku warga China yang sering diperkatakan kerana dikaitkan dengan perbuatan tidak senonoh atau sering berkelakuan pelik. Namun ini pula kisah benar yang terjadi di Singapura.

Umum mengetahui bahawa negara Kota Singa itu sangat mementingkan tahap disiplin kebersihan dan setiap perlakuan yang menyalahi undang-undangnya akan dikenakan hukuman berat.

Menurut seorang sumber kepada sebuah portal Singapura yang mahu dikenali sebagai Chan, kejadian yang cukup memalukan ini berlaku pada jam 11 pagi semalam.

Dia yang kebetulan dalam perjalanan ke Joo Koon dengan menaiki tren Mass Rapid Transit (MRT) di stesen Bugis telah menyaksikan insiden ‘pelik’ yang tidak pernah dilihatnya.

Semasa menaiki pengangkutan awam rel canggih itu, dia ternampak sehelai baju tersidai di salah satu besi yang dikhaskan untuk penumpang memegang.

Baju yang dimaksudkan itu merupakan sehelai jersi berwarna hitam dan terdapat jalur oren pada bahagian atas bahunya.


Teknik Keringkan Baju Oleh Pengguna MRT Singapura

Jelas Chan kepada portal itu, pemilik kepada baju itu tidak dapat dipastikan siapa.

“Mungkin disebabkan cuaca panas, seseorang cuba untuk mengeringkan pakaiannya,” kata Chan kepada portal itu.

Mungkin inilah senarionya yang berlaku kepada penduduk warga kota yang sentiasa berkejaran dengan masa. Tidak sempat mengeringkan baju di rumah, pengangkutan awam pula yang jadi mangsa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori