• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Kren Roboh Di Makkah Pecat 50 Ribu Pekerja

oleh AK-47
03/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SALAH satu firma binaan terbesar di dunia, Saudi Binladin Group telah memberhentikan kira-kira 50,000 pekerjanya berikutan kejatuhan harga minyak dan langkah penjimatan perbelanjaan.

saudi binladin

Ianya juga susulan larangan kepada syarikat berkenaan daripada mengerjakan sebarang kontrak baru pemerintah sejak insiden kren terjatuh di Masjidil Haram, yang mengakibatkan 107 maut pada September tahun lalu.

Menurut laporan akhbar Saudi, Al-Watan, rata-rata pekerja yang dipecat adalah warga asing dan mereka juga diberi visa untuk keluar dari negara tersebut.

Bagaimanapun, pekerja didakwa sukar menerima keputusan pemecatan itu ekoran tidak mendapat gaji selama empat bulan.

Sehubungan itu para pekerja terbabit melakukan demo tunjuk perasaan di hadapan syarikat dan membakar beberapa bas milik syarikat berkenaan, Sabtu lalu.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Makkah, Mejar Nayef Al-Syarif berkata, anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun, Saudi Binladin Group masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Mereka yang diberhentikan kerja terdiri daripada para jurutera, mandur, tukang besi, tukang kayu dan tukang kimpal.

Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1931 dan berpangkalan di Jeddah itu, telah banyak melaksanakan projek penting di Saudi termasuk jalan-jalan raya, terowong, lapangan terbang, universiti dan hotel.

Saudi Binladin Group juga merupakan firma yang membina menara jam raksasa di Makkah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Makkah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd