• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sisa Makanan Mampu Beri Makan Jutaan Orang Sehari

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP tahun, purata sebuah isi rumah di Malaysia membazirkan lebih satu bulan gaji dengan membuang makanan yang tidak dimakan, demikian kajian dilakukan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Makanan yang dibuang oleh rakyat Malaysia bukan sahaja menjejaskan poket mereka, tetapi ia dianggarkan cukup untuk memberi makan kepada berjuta-juta orang miskin yang kelaparan pada setiap hari.

Kajian ini mendapati bahawa kira-kira satu perempat daripada makanan yang dibazirkan oleh rakyat Malaysia datangnya semasa penyediaan, pengeluaran dan penggunaan.

“Dalam satu kajian yang dijalankan oleh SWCorp, isi rumah dengan lima orang membelanjakan purata RM900 untuk makanan semata-mata.

“Jika kita mengambil kira hakikat bahawa satu perempat daripada makanan dibazirkan semasa penyediaan, pengeluaran dan penggunaan, nilai makanan yang dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan.

“Ia adalah bersamaan dengan RM225,” kata pegawai kawalan alam sekitar Bahagian Teknologi Penyelidikan SWCorp, Agustina Fithri Kasmaruddin.

Dalam setahun, jumlahnya adalah RM2,700, lebih RM2,400, iaitu gaji bulanan purata bagi seorang individu di kawasan bandar, menurut laporan kajian Gaji & Upah Jabatan Perangkaan 2014.

food

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh SWCorp menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menjana 38,000 tan sisa pepejal setiap hari pada 2016, di mana 15,000 tan datangnya daripada sisa makanan.

Kajian mendapati bahawa 20 peratus atau 3,000 tan metrik sisa makanan ini boleh dielakkan.

Agustina berkata sisa makanan yang boleh dielakkan adalah makanan yang masih boleh dimakan apabila ia telah dibuang, sambil menambah bahawa ‘orang ramai sukar menghabiskan makanan di pinggan mereka’.

“Berdasarkan kajian SWCorp ini, berat purata makanan seseorang individu adalah 0.45kg bagi setiap makanan.

“15,000 tan sisa makanan boleh memberi makan kepada 11 juta orang, tiga kali sehari,” kata Agustina.

Sisa makanan boleh dielakkan, menggunakan logik yang sama, boleh memberi makan kepada 2.2 juta penduduk dengan tiga hidangan penuh sehari.

“Ia amat membimbangkan. Melihat kepada ekonomi sekarang, ada yang sedang menderita. Sesetengah daripada mereka tidak mampu untuk makan,” kata Agustina.

Sisa makanan, dari sisi lain, adalah makanan yang dibuang oleh peruncit dan pengguna, misalnya makanan yang tidak terjual yang dimusnahkan oleh sebuah pasar raya selepas melepasi tarikh luput serta makanan yang tidak dimakan di buffet hotel. – mStar Online

Tags: Sisa MakananSWCorp
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2,221 Karton Rokok Seludup & Tembakau Dirampas

Next Post

KTMB Jual 333,000 Tiket ETS & Intercity Sempena Aidilfitri

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Sisa Makanan Meningkat 12.9 Tan Sehari Di Perlis

Sisa Makanan Meningkat 12.9 Tan Sehari Di Perlis

12/04/2023
0

ARAU : Janaan sisa makanan di tapak pelupusan sampah sekitar negeri ini bagi tempoh dua minggu Ramadan meningkat sebanyak 12.9...

Next Post

KTMB Jual 333,000 Tiket ETS & Intercity Sempena Aidilfitri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd