• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siri Dunia PSA: Usaha Nicol Ungguli Juara Tersekat

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha ratu skuasy negara Datuk Nicol David menjuarai buat kali ketiga Final Siri Dunia PSA tersekat apabila kalah di peringkat separuh akhir di kejohanan yang diadakan di Burj Park, Dubai pada Jumaat (awal Sabtu di Malaysia).

Beliau yang menang dua kali dan kalah sekali dalam Kumpulan A tewas 1-2 (5-11, 11-8 dan 8-11) kepada pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Raneem El Welily.

Nicol merupakan juara bagi musim 2011/12 dan 2012/13.

“Dalam set pertama, Raneem terus memberi tentangan dan saya kembali menguasai permainan pada set kedua. Saya terus mengatasinya dalam set ketiga, tetapi beliau kemudian telah melakukan pukulan-pukulan terbaiknya,” katanya dalam laman web kejohanan www.worldseriesfinals.com.

Raneem akan bertemu pemain nombor dua dunia dari England, Laura Massaro dalam perlawanan akhir hari ini.

Massaro menewaskan pemain Mesir, Nour El Sherbini 2-0 (12-10 dan 11-6) dalam satu lagi perlawanan separuh akhir sebelum mara ke final.

Seramai lapan pemain lelaki dan wanita beranking dunia PSA berentap bagi menentukan juara untuk musim 2015/16. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd