Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

HSR: Malaysia Bayar Pampasan...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah membayar sebanyak SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura...

“Saya Dah Usaha Selamatkan...

Fasha Sandha yang telah sah bercerai dengan Jejai semalam memberitahu, keputusan untuk bercerai...

Tiada Sidang Media Keputusan...

KUALA LUMPUR - Tiada sidang media khas akan dibuat bagi pengumuman keputusan peperiksaan...

Nor Azimah Pulang Selepas...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada dia selama setahun...

TERKINI: Serpihan Helikopter Hilang Di Sarawak Dijumpai

KUCHING – Serpihan bangkai helikopter yang hilang di Sarawak petang Khamis dijumpai di Batang Sadong, Simunjan bersebelahan Sungai Batang Lupar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Serpihan itu termasuk sebuah floatation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini.

Serpihan Helikopter

Perdana Menteri mengesahkan helikopter itu membawa enam orang, antaranya Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon; suaminya Asmuni Abdullah; Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Helikopter malang itu berlepas dari Betong, kira-kira 250 kilometer dari sini pada pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.

“Setakat ini kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita sudah kehilangan mereka,” katanya semasa ditanya sekiranya ini bererti semua mereka sudah tiada lagi.


Perdana Menteri berkata semua aset yang berkaitan sudah diarah melancarkan operasi dan menyelamat ‘semaksimum mungkin’ di sekitar kawasan berkenaan. – BERNAMA

Serpihan Helikopter

Serpihan Helikopter

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori