• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Maut, 4 Parah Terbabas Selepas Dikejar MPV Polis

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang terbunuh dan empat yang lain cedera parah apabila Proton Wira dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah pokok di kilometer 102 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu dekat Kampung Apal Jerteh di sini awal hari ini. kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mangsa, Mohd Sabri Ab Ghani, 30, berasal dari Manir, Kuala Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Penumpang yang cedera parah ialah pemandu, Muhammad Khairul Ibrahim, 21; Mohd Hafizul Mahadi, 33; Wan Khairul Hafizi Wan Shamsul Bahari, 24; dan Faisal Yusuf, 25,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, keempat-empat mangsa yang juga berasal dari Manir masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Mohd Zamri berkata, sebelum kejadian, sebuah unit MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sedang meronda di kawasan Pasir Akar-Jerteh sebelum bertembung dengan kenderaan tersebut yang ketika itu dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Unit MPV berkenaan mendekati kenderaan tersebut dan diarahkan berhenti untuk pemeriksaan namun ia terus memecut laju menghala ke arah Jerteh.

“Apabila sampai di Kampung Apal, pemandu kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebatang pokok sebelum terbabas ke dalam semak di kanan jalan menghala ke Jerteh.

“Kesemua penumpang dalam kenderaan tersebut tercampak keluar mengakibatkan seorang dari mereka maut di tempat kejadian dan empat yang lain cedera parah,” katanya.

Menurutnya, pemandu tidak mempunyai lesen memandu yang sah. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd