• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hormati Perasaan Keluarga Arwah Semasa Kempen – SPR

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua pihak supaya menghormati perasaan anggota keluarga Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan.

Setiausahanya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ini kerana kekosongan kerusi Parlimen itu disebabkan tragedi yang meragut nyawa.

“Kita perlu ingat bahawa kekosongan kerusi ini disebabkan peristiwa (nahas helikopter), bukan satu keadaan yang biasa…kena ambil iktibar, hormati keluarganya dan perlu menghormati masyarakat di Kuala Kangsar ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Bersama Ketua-Ketua Jabatan sempena PRK berkenaan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar di sini, Isnin.

PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini setelah Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga Anggota Parlimen kawasan itu, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuayu, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Dalam pada itu, Abdul Ghani meminta parti-parti politik yang bertanding pada PRK itu supaya menghormati Ramadan dengan berkempen secara berhemah dan setia kawan supaya proses kempen dan pengundian itu menjadi antara yang terbaik di negara ini.

Beliau turut meminta semua penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan provokasi, fitnah kepada pihak lain dan menyentuh sensitiviti sepanjang kempen PRK itu.

“Kesemua penyokong parti politik perlu mematuhi dan mengamalkan etika kempen sehingga 18 Jun ini bagi menjamin sebuah pilihan raya yang bersih dan lancar,” katanya sambil meminta mereka tidak membangkitkan provokasi terhadap masyarakat setempat.

Balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) manakala PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calonnya dalam PRK Kuala Kangsar.

Sementara itu, Parti Amanah Negara akan mengumumkan calonnya pada Khamis ini. – BERNAMA

Tags: SPRWan Mohammad Khair-il
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd