• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 20 Tahun, Slam Buktikan Masih Digilai Ramai

oleh AK-47
20/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH Berbisa dan digilai ramai. Itu ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan Konsert Kurnia Slam yang berlangsung di StarXpo Centre, Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur, pada Ahad lalu.

Walaupun pernah sepi seketika dalam industri hiburan, kumpulan Slam berjaya membuktikan mereka masih kekal relevan dan terus diminati apabila kira-kira 6,000 penonton hadir menyaksikan konsert pada malam itu.

Kelibat kumpulan Slam yang muncul di atas pentas kira-kira jam 9 malam, sudah membuatkan peminat tidak senang duduk dan bersorak bagaikan histeria seolah-olah tidak sabar menantikan mereka beraksi.

Slam yang memilih lagu Sinar Menunggu sebagai lagu pembuka tirai jelas memperlihatkan kehebatan vokalis kumpulan itu, Zamani dengan iringan gitaris handal Shah dan Ajak, dan dibantu oleh Lily selaku bass, Eddie selaku keyboard, manakala Man bermain dram.

slam

slam

Dalam persembahan lebih dua jam itu, Slam mendendangkan 22 buah lagu antaranya Maria Mariana, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kembali Terjalin, Syair Si Pari-pari, Jika Kau Rasa Getarnya, Kurnia dan Gerimis Mengundang.

Pada malam itu, Slam turut menjemput Ronnie Hussein sebagai artis jemputan untuk menyampaikan lagu Terasing Dalam Sepi bagi memberi ruang Slam berehat buat beberapa minit.

Tidak dilupa juga kepada komposer terkenal tanah air yang banyak membantu menaikkan nama Slam iaitu, Saari Amri yang dijemput untuk sama-sama berduet menerusi lagu Kembali Terjalin.

Kumpulan pop balada popular era 1990-an itu turut memberi penghormatan kepada komposer Aidit Alfiat dengan persembahan akustik lagu ciptaannya, ‘Syair Si Pari-pari. Penyanyi terkenal Hazama pula diminta membawakan lagu Kita Terpaksa Bermusuhan.

Kemunculan Hazama pada malam itu sedikit sebanyak menceriakan konsert itu apabila dilihat petah berkata-kata memuji kumpulan Slam dan menyifatkan kumpulan itu merupakan pendorongnya untuk bergelar penyanyi.

Dalam konsert itu, peminat dilihat turut sama sing along dengan seleksi lagu yang dibawa kumpulan itu.

Menutup tirai untuk konsert itu, Slam membawakan lagu popular mereka sepanjang Zaman iaitu Gerimis Mengundang.

Apa yang menariknya, Slam turut menjemput artis lain untuk naik ke pentas dan sama-sama menyanyikan lagu ini antaranya Amir Ukays, Zarul Umbrella, Black, Yazit Search, Ronnie serta Hazama.

Dengan tamatnya konsert itu, peminat memberikan tepukan gemuruh seolah-olah kerinduan mereka terhadap kumpulan itu sedikit terubat setelah sekian lama menantikan kumpulan itu beraksi.

Konsert ini turut ditonton ramai artis antaranya Zizan Razak, Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin, Atilia, Diddy Hirdy AF, Ozlyn dan ramai lagi.

Slam ditubuhkan sekitar tahun 1992, dan lagunya dikatakan berhantu hingga berjaya menakluk halwa telingga pendengar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran, Indonesia.

Kali terakhir Slam beraksi dalam persembahan berskala besar adalah pada tahun 1996, iaitu Konsert Grand Slam Unplugged di Stadium Negara, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd