• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Secawan Kopi, Sebiji Kurma Untuk Mas Kahwin

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Al Ain – Seorang bapa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hanya meminta secawan kopi Arab dan sebiji kurma kepada bakal suami enam anak perempuannya sebagai mas kahwin.

Menurut laporan yang kini menjadi viral di media sosial UAE, lelaki itu yang menetap di Al Ain mengambil keputusan itu bagi mengurangkan beban bakal pengantin lelaki.

Dia juga menggesa ibu bapa lain mencontohi tindakannya.

Menurut bapa itu, kos untuk melangsungkan perkahwinan di UAE kini terlalu mahal sehingga menyebabkan ramai lelaki tempatan menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Mereka berbuat demikian untuk menyimpan wang secukupnya bagi hantaran dan mas kahwin serta perbelanjaan untuk majlis itu.

Lelaki berkenaan juga berkata, kos yang terlalu tinggi itu juga menyebabkan lelaki UAE memilih untuk mengahwini wanita asing.

Ramai pengguna media sosial memuji keputusan lelaki itu.

“Ibu bapa perlu membenarkan anak perempuan mereka berkahwin dengan lelaki yang baik, termasuk latar belakang mereka, bukan kerana kekayaan. Dengan mengambil keputusan itu, bapa itu menjamin anaknya akan hidup bahagia dengan suami mereka tanpa perlu menanggung beban hutang untuk berkahwinan,” kata seorang pengguna, Mohammed. – Agensi/myMetro Online

Tags: duit hantaranUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Rusia yang sebelum ini dilaporkan hilang pada Oktober lalu ditemui mati dalam keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd