• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Merupakan Bapa Yang Prihatin – Awie

oleh Ahmad Albab
18/05/2016
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI rock, Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa dia telah memujuk anak lelakinya, Putera Ahmad Merrah untuk tinggal bersama bekas isterinya, Rozana Misbun.

Namun usaha untuk memujuk anaknya itu gagal kerana Putera Ahmad sendiri tidak mahu berbuat demikian.

Awie menjelaskan perkara tersebut ketika menjawab soalan dari peguam syarie yang mewakilinya, Mohd. Syafiq Norizan, adakah dia bersetuju sengaja melanggar perintah mahkamah berhubung dengan hak penjagaan sementara anak mereka yang dikeluarkan pada 27 Januari tahun lalu.

“Saya merupakan bapa yang prihatin, dan telah cuba memujuknya untuk tinggal bersama Rozana kerana hubungannya dengan adik-beradik yang lain sangat rapat.

“Tetapi Putera sendiri yang tidak mahu berbuat demikian walaupun telah dipujuk berkali-kali,” katanya kepada portal mStar Online.

Menurut Awie, Putera Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh pernah menangis meronta-ronta apabila Rozana membawa ‘lari’ mereka dari sekolah kerana tidak mahu mengikuti Rozana.

Awie juga berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan apabila menyerahkan anak lelakinya itu kepada Rozana.

Ini kerana dia telah menfailkan semakan bagi membantah keputusan hak penjagaan anak di Mahkamah Rayuan Syariah pada 21 April tahun lalu, dan masih menunggu keputusan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Awierozana misbun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

06/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu mengambil tugas sebagai menteri pelancongan untuk mempromosikan...

Derita Rozana Dipukul Bekas Suami Terbalas!

05/10/2018
0

PETALING JAYA - Penderitaan yang ditanggung bekas isteri Datuk Awie iaitu Rozana Misbun akibat dipukul penyanyi rock itu empat tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd