• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Masih Lagi Bergelar Isteri – Sharifah Norazleenda

oleh AK-47
14/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN terdapat desas-desus yang mengatakan Lynn sudah bercerai, namun dakwaan itu telah disangkal oleh empunya badan dan menegaskan bahawa dia masih lagi bergelar isteri.

Pelakon Sharifah Norazleenda Al Khaired terdahulu pernah memfailkkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada Oktober tahun lalu namun menarik balik permohonan itu pada Disember tahun sama.

Lynn, 44, ketika ditemui sebuah akhbar berkata, dia masih bahagia dengan suami yang dikahwini sejak 11 tahun lalu dan dikurniakan empat cahaya mata.

Saya Masih Lagi Bergelar Isteri - Sharifah Norazleenda
Disamping suami Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

“Masalah tetap ada di mana-mana sama ada seseorang itu masih solo, janda atau isteri orang. Saya hanya ikut arus dan kalau ada masalah saya akan bersabar, berdoa, sibukkan diri dan berusaha menyelesaikannya seperti orang dewasa,” katanya.

Jelas Lynn lagi, sebagai manusia memang tidak lari dari masalah, apa yang dilakukannya ialah sentiasa bertenang dan menerima apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah.

Saya Masih Lagi Bergelar Isteri - Sharifah Norazleenda

“Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari masalah dan kita mesti hidup dalam realiti serta menerima apa saja ketentuan Allah SWT dengan tenang,” katanya.

Tambah kakak kepada pelakon dan pengacara Sharifah Syahirah ini, dia akui mengelak dari berjumpa dengan media sekiranya rumah tangganya bergolak kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan memilih untuk berdiam diri.

“Banyak hati yang perlu saya jaga, jadi lebih saya berdiam diri,” katanya.

Perkembangan terbaru, Lynn baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem arahan Osman Ali berjudul Pinjamkan Hatiku di samping Ayda Jebat, Farid Kamil dan Shaheizy Sam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Lynn
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd