• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Digelar Bangsat, Pencuri Harta Rakyat Kedah”

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menolak rancangan tajaan berjumlah RM30 juta dari pihaknya secara bulat-bulat tanpa sebarang alasan.

Lebih hangat, timbul ura-ura menyatakan penolakan itu berpunca gara-gara Aliff bersikap tamak menginginkan tanah milik Kedah.

Terasa terhina dengan dakwaan itu, Aliff menafikan perkara tersebut dan memberitahu pihak KFA sendiri yang menawarkan tanah tersebut untuk dimajukan.

IMG_6415 - Copy

“Tanah tersebut adalah cadangan usahasama dan bukan menjadi hak milik saya, sebaliknya memberi manfaat kembali pada rakyat Kedah.

“Namun tiba-tiba mereka menolaknya tajaan saya tanpa sebarang perbincangan.

“Malah,ada segelintir warga negeri itu turut tergamak mengeluarkan ayat bahawa niat murni saya hanya akan menyebabkan harta rakyat kedah tergadai,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar di Wisma D’Herbs di sini sebentar tadi.

Semalam, laporan Mynewshub menyebut Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah sebagai berkata, KFA terpaksa menolak penajaan dari pihak D’herbs kerana tidak mahu hak rakyat negeri itu tergadai.

Walaupun beliau tidak menyatakan secara langsung apakah hak tersebut, tetapi banyak pihak merasa ia merujuk kepada sejumlah tanah yang dipohon pihak Aliff sebagai ganjaran atas kesediaan menaja pasukan Kedah.

Tambah Aliff, kenyataan itu telah membuatkan orang ramai memandang serong kepadanya hingga menganggap dirinya bangsat.

IMG_6417 - Copy

Mengikut perancangan, Tanah Bandar Sejahtera, Pokok Sena seluas 60 hektar itu bakal dimajukan bersama kerajaan negeri Kedah untuk mewujudkan Bandar D’Herbs, taman tema, taman herba dan zoo.

Dalam pada itu, Aliff turut memberitahu dia tidak teragak-agak menfailkan saman malu sekiranya pihak KFA berterusan memberi kenyataan yang boleh menjatuhkan maruahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahDatuk Aliff SyukriKFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd